Wednesday, July 26, 2006

Sebaliknya...




Sayu...

Saban hari, seminggu lepas, aku tidak henti menulis di blog ini. Kemudiannya berhenti seketika. Hari ini, apabila aku menulis blog Inggeris ku, aku rasa pelik kerana tidak menulis di blog ini.

Teman ku pernah bersuara akan tingkah-laku Melayu kita. Masyarakat kita amat bangga dengan keindahan hiasan rumah kita. Amat senang untuk meneka yang mana satukan rumah orang Melayu jika dibandingkan dengan rumah bangsa lain.

Masyarakat Melayu seakan-akan mempunyai identiti yang tersendiri. Dengan langsir yang beropol dan ber"scallop". Alas meja yang berenda dan kerusi gajah yang tesergam indah. Bukankah itu identiti melayu kita?

Akan tetapi, mengikut peredaran zaman, rumah Melayu kita tidak lagi mempunyai identiti sebegitu. Pasangan muda amat senang dengan hiasan dalaman "zen" ataupun rekaan "Baliness". Dengan ruang rumah yang semakin sempit, rekaan sebegini dapat menjimatkan ruang.

Namun begitu, kita masih lupa bahawa, kita masih lagi dihantui perasaan riak dan bongkak. Ramai yang masih lagi ingin berlaga-laga untuk menghias rumah mereka. Kononnya, " rumah aku lah yang paling cantik...".

Perasaan sedemikian adalah salah satu contoh bahawa, sikap membazir bangsa kita merosakkan nilai-nilai murni. Inilah, modal aku untuk kali ini.

Dapatkah kitamelihat bahawa, masyarakat Melayu sekarang, amat mudah untuk mengeluarkan ribuan dolar untuk rumah dan majlis perkahwinan? Misalnya, khidmat andaman, sudah mencecah ribuan dollar. Ini tidak termasuk khidmat jurugambar, tukang masak, khemah dan juga dekor hiasan.

Dalam satu-satu majlis walimatulurus, berani aku menyatakan bahawa, sekurang-kurangnya lima belas ribu hilang begitu sahaja (ini adalah tips untuk si bujang-bujang yang ingin berkahwin... simpan duit tau...). Kalau majlis anda lebih gah, mungkin ia akan mencecah sehingga tujuh puluh ribu. Bukankah itu membazir namanya? Sedangkan, para jemputan yang datang, makan dan pulang. Tidak pernah aku melihat jemputan yang sibuk-sibuk ambil gambar hiasan dekor ataupun pelamin tanpa si pengantin. Ataupun, tidak pernah aku mendengar ada orang yang duduk di kolong blok sehingga majlis itu tamat, hanya kerana dekor hiasannya cantik.

Dah lah begitu, majlis cuma diadakan untuk dua hari. Selepas semua hiasan ditanggakan, bogel jugak kolong blok yang sama. Perancangan yang mengambil masa bertahun-tahun dan berbulan-bulan hanya untuk majlis yang berakhir dalam masa 48 jam.

Contoh-contoh yang sedemikian adalah yang paling menyerlah pembaziran dikalangan orang kita. Kalau buat nikah dan kenduri sahaja, dua atau tiga hari nanti, timbul pula cerita yang bukan-bukan dipasar. Oleh kerana ingin menutup mulut orang, kita berhabisan wang.

Hai... kalau sebegini jadinya, sampai bila kita ingin jadi jutawan? Taukeh kayu balak pun boleh gulung tikar...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home