Kesinambungannya...

Aduhai...
Berkeringat di dahi. Lemah seluruh anggota tubuhku. Longlai rasanya lututku. Namun, sanjungan ku terhadap kaum hawa tetap ku junjung.
Syabas! Fungsimu diturunkan ke bumi ini, telah dimaktubkan. Tiada apa yang dapat dipertikaikan tentang dirimu. Pengorbananmu dalam setiap langkah yang kau mulakan amat dihargai.
Sebagai seorang anak, suami dan ayah, aku mula mengerti dimanakah terletaknya kelemahan seorang lelaki. Bukan di lengan mereka, bukan di keberanian kami, tetapi dikelembutan hati seorang wanita.
Katakanlah wahai kaum Adam. Tidak kah kau menyanjungi ibumu? Pada asasnya, ibulah insan pertama yang kau kasihi. Sakit peningmu dirawati. Lapar dahagamu di cukupi dan susah senang mu diawasi.
Tidak malu aku mengatakan, bahawa, aku tidak menghargai pengorbanan seorang ibu, sehingga aku melangkah di alam perkahwinan. Selama ini, pada pendapatku, pengorbanan seorang ibu itu, hanyalah sebagai satu tanggungjawab.
Setelah, aku berkahwin, aku dapat merasai betapa pentingnya fungsi seorang wanita di dalam setiap kehidupan kaum lelaki. Merekalah ilham. Merekalah pengawal peribadiku dan merekalah tempat untuk ku menerima belaian kasih sayang. Tidak pernah aku mendengar isteri ataupun ibuku mengeluh menjaga keperluan suami mereka.
Taksub aku dibuatya. Tidak kah mereka kenal akan erti jemu ataupun penat? Apakah yang terbina di jiwa setiap kaum Hawa?
Kaum wanita. Ciptaan Tuhan yang teristemewa. Kesabaran dalam menjalani hidup ini, walaupun engkaulah makhluk yang kurang berdaya. Lemah-lembut mu, tawa manjamu dan lirik mata mu adalah modal untuk menawan kaum Adam.
Mengapakah kamu diciptakan seindah mimpi?
Puas sudah ku telek. Puas sudah ku renung. Namun aku gagal untuk mencari jawapannya. Kasihan aku mengenangkan pengorbanan mereka bak lilin yang menerangi sekelilingnya. Perjuangan mereka adalah bukti, bahawa ciptaanNya itu tiada cacat-celanya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home