Selepas itu...

Kusut...
Nikah, kahwin, cerai-berai, adalah cerita yang sudah lazim kita dengar. Tidak ada apa yang menakjubkan tentang kisah ini. Pilihan bonda, pilihan bapa atau pilihan sendiri juga tidak lagi menjadi sesuatu yang aneh lagi. Malahan, dua, tiga tahun lepas, timbul pula kisah berpoligami. Untung lah kaum Adam bila cerita ini mendapat publisiti meluas. Mana tidak, kalau para ulama sekongkong meyokong suami yang berpoligami, semakin ramai lah yang menggunakan taktik ikut sunah Nabi....
Tidak ke untung tu namanya. Dapat isteri lebih dan sekaligus pahala yang melimpah ruah. Zuriat pun bertambah. Tetapi, mampu ke kita menyuap nasi ke semua mulut-mulut, dalam tanggungan kita?
Dalam mengambil pengertian berpoligami untuk menambahkan zuriat, kita sekali lagi di ingatkan supaya dapat membahagikan kebahgiaan terhadap ister-isteri kita. Ini sekali lagi menimbulkan masalah buat si suami.
Setelah timbulnya kisah suami yang berpoligami, kini, masyarakat kita mengikut arus dan terus berpindah ke masalah selanjutnya. Nikah mishyar.
Manusia ni, kalau pasal bab kahwin-kahwin, memang pakar mengikut langkah orang zaman dulu-dulu... Tetapi, pernah ke, kita terfikir akan masalah yang akan timbul selepas itu? Mana emak, mana bapa? Dia kahwin dengan si pulan dan si pulan pula bernikah dengan si dia.... Pasti akan timbul masalah untuk masyarakat kita. Mana taknya. Berkahwin adalah untk membina sebuah keluarga yang bahagia.
Bukan setakat sebulan, setahun.... malah, kita digalakkan untuk kekalkan perkahwinan untuk bertahun-tahun. Senang cakap, sampai ke akhir hayat. Kalau dulu, semasa bercinta, kita boleh bersumpah sehidup, semati. tetapi, mengapa pula selepas bernikah kita tidak dapat menunaikan janji-janji kita?
Mungkin, kebosanan kerana harus menghadap karenah pasangan masing-masing adalah sebab utama yang membangkitkan perasaan ini. Atau, kita sudah jemu memandang rupa yang serupa saban hari... atau, hanya ingin mencuba nasib. Manalah tahu, untung memancing dapat ikan.
Susah juga untuk meneka apakah disebalik perasaan yang diselindungi oleh pasangan yang sedemikian. Akan tetapi, aku rasa, sebelum mereka melangkah lebih jauh, baik kita fikirkan masa depan anak-anak kita. Adakan kita ingin lihat anak-anak kita dicap sebagai seorang yang datang dari keluarga yang berantakan?
Atau, inginkah kita melihat anak-anak kita terganggu emosinya kerana tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya, dari orangtuanya? Mungkin kita terlupa bahawa kebahgiaan rumahtangga bukan hanya ingin dikecapi oleh individu. Ianya juga harus dikongsi dengan semua yang terlibat, seperti anak-anak dan juga ibu-bapa kita sendiri. Marilah kita bersama mengingatkan diri masing-masing, bahawa, kita bukan bersendirian di alam rumahtangga...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home