Thursday, July 20, 2006

Sebetulnya....


Alahai...
Huruf 'M' memulakan ejaan untuk "Melayu". Akan tetapi, huruf itu juka memulakan ejaan untuk beberapa lagi perkataan yang berunsur negatif. Seperti perkataan 'Malas'. Kita jga pernah mendengar seorang mantan Perdana Menteri, yang namanya juga bermula dengan huruf yang sama, memberi imbasan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang malas.
Adakah, kita sebagai seorang yang berbangsa Melayu ingin berpeluk tubuh dan mengiakan panggilan tersebut? Tidakkah kita ingin mencuba untuk membuktikan bahawasanya, panggilan negatif itu adalah salah? Sebenarnya, jika kita membuka mata dan telinga, kita akan mendengar panggilan-panggilan yang sinonim dengan perkataan malas, dikaitkan dengan bangsa kita.
Malangnya, bangsa Melayu itu sendiri tidak ingin bersatu dan memajukan diri kita sendiri. Lihat sahaja keadaan sekarang. lebih dari separuh peratusan pengguguran di kalangan remaja adalah bangsa Melayu kita. Lebih dari separuh peratusan dari mereka yang cicir dari pelajaran adalah bagnsa kita. Dimanakah letaknya harga diri kita untuk membangkitkan lagi semarak bangsa, selain dari terus menjerumuskan nama bangsa dang menghubung kaitkan bangsa dengan unsur-unsur yang negatif? Memang tidak dapat dinafikan adanya peratusan yang menaikkan bangsa, seperti, peratusan yang lulus dengan cemerlangnya. Akan tetapi, peratusan ini tidak pun sampai setengah. Walaupun adanya badan-badan yang boleh menolong anak bangsa kita, ramai lagi yang masih terjerumus di dalam lautan yang hina. Gejala-gejala sosial yang terus menghantui anak bangsa kita masih belum dapat dilenyapkan.
Adakah kita harus mempersalahkan kedua ibubapa kerana lalai menjalankan tugas mereka? Adakah, ini semua salah diri masing-masing kerana lalai dibuai dengan pengaruh-pengaruh barat dan akhirnya tenggelam begitu sahaja? Adakah, masalah ini harus ditanggung oleh badan-badan kebajikan Melayu/Islam kita, yang kita fikir, kurang proaktif untuk mencegah perbuatan anak bangsa kita? Ataupun, kita hanya berserah kepada takdir, dan jika rakan sekerja yang berbangsa lain mengutuk bangsa kita, dengan cepatnya menyokong dan mempersalahkan mangsa-mangsa keadaan ini? Tetapi, dimanakah tindak-balas kita? Dimanakah usaha kita yang ingin membantu untuk menjulang nama bangsa?
Ingin sekali, diri ini membela nasib anak bangsa yang terapung-apung dibuai ombak masa kini. Pengorbanan yang sedikit itu, akan dapat membahagiakan masa depan anak-anak kita. Jika diri sendiri tidak mahu minta ditolong, maka bagaimana bisa kita menolong diri sendiri. Anak bangsa kita harus sedar bahawa kita telah jauh mengundur dan inilah masanya kita harus sedar dari mimpi yang menghayalkan. Kesedaran inilah yang harus kita pupuk dan menyuntik semangat untuk menaikkan nama bangsa sejajar dengan kaum-kaum yang lain.
Kita bukan hanya harus mampu untk bersaing, malah, kita harus mampu juga mengecap wawasan sendiri. Benar bahawa perkataan "Melayu" itu membawa erti " sesuatu yang tidak segar". Akan tetapi, kita tidak harus lemau untuk bertindak-balas dan memberi kejutan unuk memulakan sesuatu yang dapat membanggakan bangsa kita.
Bingkisan ku ini bukan untuk terus menghina bangsa sendiri. Akan tetapi, jika tiada dikalangan kita yang ingin mengigatkan sesama kita, siapa lagi? Kita tidak boleh mengharap kepada, Ah Chong ataupun Mutusamy, kerana mereka sendiri ingin menjual nama bangsa mereka supaya dapat terus dihormati. Kita pula, bagaimana?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home