Seterusnya...

Pelik...
Hari ini, aku rasa, akulah seorang ayah yang sejati. Mana tidak. Anak aku yang baru berusia semuda lapan bulan dah mula bersekolah.
Jika dahula zaman aku, selagi kita tidak berusia enam tahun, jangankan kata mengeja, menghitung pun belum tahu sampai nombor 5. Apa boleh buat? Mengikut peredaran zaman katakan. Kita pun harus peka terhadap keperluan anak-anak kita masa kini. Jika dahulu, mengeja perkataan yang mudah, bermula dari darjah satu, sekarang pula, anak-anak harus pandai membaca sepotong ayat yang mudah pada usia 5 tahun.
Pada mulanya, risau juga untuk menghantarnya ke sekolah pada usia semuda ini. Bermacam soalan berlegar mermain di otak aku yang dah mula nak karat ni. Manalah tahu, jika ianya akan memberi tekanan terhadap dirinya. Selepas menimbangkan kebaikandan keburukannya, aku dan isteriku, bertekad untuk mendaftarkan dirinya ke Tumble Tots.
Hari ini, bermulalah zaman persekolahan untuk Nadra Raissha. Maklumlah, anak baru seorang. kalau boleh segalanya yang terbaik ingin diberikan untuknya. Dahulu, aku pun dimanjakan sebegitu. Oleh yang demikian, aku rasa, anak aku yang seorang ini pun, berhak menerima layanan setanding jika tidak berlebihan.
Harapanku, sebagai seorang ayah, agar segala pengorbanan diriku dan juga isteriku akan dimanfaatkan untuk dirinya di masa hadapan. Dapatlah dirinya menjalankan tugas sebagai seorang insan yang berguna di suatu masa kelak. Insyallah...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home