Dan lagi....

Keliru...
Seram sejuk dibuatnya. Berdiri bulu roma apabila memikirkan tentang kejahilan sesetengah masyarakat kita. Pada zaman yang serba canggih dan berinfomasi serta berteknologi tinggi ini, masih terdapat ramai yang percayakan kesaktian seorang bomoh.
Memang tidak dapat kita nafikan adanya makhluk halus yang dapat menguasai tubuh seseorang. Kita juga tidak dapat menidakkan, bahawasanya, masih ada pemuja-pemuja makhluk halus ini.
Sebagai seorang Melayu/Islam, aku tidak pernah dibesarkan dengan kepercayaan yang tahyul ini. Amat mendukacitakan apabila, seorang yang aku kenali, amat taksyub dengan peri kepentingan, untuk menjaga diri. Serta mencari pendinding untuk menjauhi diri dari dilekati oleh "barang" itu.
Walhal, adat istiadat Melayu, amat indah dan kaya dengan menitik beratkan kewibawaan seseorang individu. Mengapakah kita harus meletakkan diri kita ke tahap yang paling rendah dengan mempercayai perkara-perkara yang tidak masuk akal ini.
Mungkin, cara kita dibesarkan berlainan. Atau, mungkin pergaulan yang berlainan memainkan peranan terhadap isu kepercayaan kita. Akan tetapi, pegangan kita adalah sama. Bersujud ke satu arah dan masih tetap percayakan kebesaran yang satu. Mengapa harus meminta dan memuji selain dariNya?
Sekuntum cengkih, sedikit cekur, sejengkal halia.
Tujuh helai sireh, urat bertemu, salaikan ia.
Darah si ayam putih, tujuh tits airmata buaya.
Rumus di dalam cangkir. Diiringi jampi serapah.
Tujuh rambut si anu, tujuh kerat kuku si fulan,
tujuh kali diganggang asap, tujuh macam kemenyan.
Boneka lilin dipusing, tujuh kali ke kiri, ke kanan.
terbelah rambut itu, petanda hajat dimakbulkan.
Tidak kah kita sedar bahawa kita telah diperbodohkan, dengan dipaksa untuk mempercayai, bahawa arahan yang perlu dilakukan, akan tercapailah hajat ditangan. Selagi diri masih bernyawa, lebih elok kita memerah peluh dengan pertolongan tulang empat kerat kita, untuk mencapai hasrat yang dimaksudkan.
Kerja keras dan meminta pertolongan dariNya, adalah cara yang lebih afdhal. Sememangnya, jika Dia mengkehendaki, rezeki kamu akan datang bergolek, melimpah-ruah. Tidak perlu menyaji pulut kuning dan ayam panggang bak satu jamuan...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home