Kemudiannya...

Perit....
Sejenis penyakit telah menular dengan cepatnya di kalangan masyarakat Melayu. Susah untuk mendapatkan ubat. Puas aku bertanyakan pakar, doktor dan juga sempat ku ajukan pertanyaaan ini pada tok bomoh. Namun, tiada pun seorang di antara mereka yang dapat menjawab soalan ku. Jauh sekali dapat menyembuhkan penyakit ini.
Jika susah sangat nak diubatkan, pakai nampak, tidak akan sembuhlah semua orang yang telah berjangkit. Lalu, bagaimana nak kita sembuhkan? Kalau doktor tidak boleh beri ubat dan kalau jampi serapah tok bomoh tidak menjadi, aku rasa, makin lama, semakin menderitalah si pesakit.
Simtom-simtom penyakit ini, amat mudah untuk di kesan. Kita hanya perlu untuk bertepuk dada dan kita juga hanya perlu untuk menyentuh isi hati. Jika ada kesan-kesan bengkak pada hati dan terasa amat sakit, berjaga-jagalah. Besar kemungkinan, virus penyakit ini telah menular ke dalam diri anda.
Simtom seterusnya ialah mata anda yang kemerah-merahan. Ini akan berlaku apabila anda melihat, orang sekeliling anda, mendapat kesengangan atau mencapai kejayaan.
Susah untuk aku jelaskan simtom-simtom yang lain, kerana ianya berbeza dari seseorng pesakit ini dari yang lain nya. Aku juga tak dapat nak membayangkan akan sebab-sebab yang terjadinya penyakit ini. Tetapi, apabila virus penyakit ini menular di dalam darah kamu, ada sesetengah pesakit ini yang akan bertindak ganas. Membalas dendam dan ada juga yang akan mencuba sedaya-upaya mereka untuk menjatuhkan si mangsa dari kesenangan dan kejayaan mereka.
Inilah penyakit iri hati. Penyakit yang telah berkurun-kurun lamanya, duduk di dalam hati bangsa kita. Tidak dapat untuk aku menafikan bahawa, tidak semua orang sebangsa yang berpenyakit ini. Akan tetapi, aku tidak dapat mengandaikan bahawa, sedikit sebanyak, virus penyakit ini ada pada diri mereka. Tahap serius nya penyakit ini, bergantung kepada kepercayaan individu terhadap diri mereka sendiri.
Alahai.... Kalau doktor dan tok bomoh tidak dapat menyembuhkan penyakit ini, siapalah aku untuk menasihatkan para sesakit ini semua. Tapi, aku berharap agar, kita semua sedar dan berwaspadalah, bahawa penyakit ini berjangkit dan akan wujudnya, penyakit IRI HATI....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home