Mula-mula

Janggal....
Dah bertahun aku tak menulis dalam bahasa ibunda aku. Macam malu pulak aku nak mulakan tulisan dalam bahasa Melayu. Bukan apa, tapi aku rasa, bahasa Melayu aku ni, dah separuh karat. Kalau setakat nak menggunakan bahasa pasar tu, boleh lah jugak. Tapi sempena bulan bahasa ini, takkan pulak aku nak gunakan bahasa pasar. Nanti ada pulak orang-orang yang baca blog aku ni mula mencemuh.
Baiklah, sebagai permulaan, aku akan cuba untuk mengasah balik penggunaan bahasa Melayu aku yang dah mula tumpul dan yang dah nak karat. Bak kata pepatah, kalau tak mencuba, mana tahu...
Beberapa minggu lalu, aku ada terbaca dalam akhbar tentang pertandingan menulis blog dalam bahasa Melayu. Tapi, tidak terlintas pulak untuk cuba memasuki pertandingan ini. Lepas aku terdengar alu-aluan dari juruhebah di stesen radio Ria tadi, aku pun rasa terangsang untuk mencuba nasib. Tapi, dalam kepala otak aku ni, macam-macam soalan timbul.
Kenapa kita harus tunggu bulan bahasa untuk melariskan penggunaan basa ibunda kita sendiri? Tidakkah penggunaan bahasa Melayu sepatutya diterapkan dan dimulakan di rumah? Selain dari guru, ibu dan bapa harus memainkan peranan mereka untuk mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu, supaya ia dapat diterapkan di jiwa anak-anak mereka.
Penggunaan bahasa Melayu oleh bangsa kita telah semakin berkurangan. Aku rasa, ramai orang-orang kita sedaar akan peri pentingnya bahasa Inggeris dalam kehidupan sekular kita. Di Singapura, penggunaan bahasa Inggeris amat meluas. Boleh dikatakan, setiap aktiviti kita memerlukan seseorang untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Tapi kita tidak boleh meminggirkan penggunaan bahasa Melayu kita, kerana, kita tidak boleh mengharapkan penggunaan bahasa ini selain dari bangsa ita sendiri.
Harapanku, dengan adanya bulan bahasa untuk tahun ini, penggunaan bahasa Melayu akan mendapat sambutan yang meluas dari bangsa Melayu kita. Manalah tahu, kalau-kalau bahasa Melayu akan menjadi bahasa rasmi dalam setiap acara nasional....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home