Saturday, July 15, 2006

Sebenarnya...


Resah....
Baru-baru ini, masyarakat sedunia telah dikejutkan lagi dengan satu berita yang mengecewakan. Ianya sekaligus telah menimbulkan lagi perasaan takut dan terharu. Sesetengah dari kita seperti hilang pedoman dan arah tujuan. Mungkin, esok lusa, aku pula yang menjadi mangsa. Tujuh pengeboman di Mumbai telah meragut lebih dari seratus jiwa yang tidak berdosa. Ini semua angkara perasaan tamak-haloba dan perkauman.
Setelah lebih setahun beribu-ribu banyaknya, mangsa korban dari tsunami, masyarakat dunia tidak berhenti-henti ditimpa kemalangan oleh anasir-anasir alam. Gegaran susulan akibat bencana alam di Indonesia, juga telah memperingatkan kita bahawa, tiada kuasa yang dapat menghentikan kebesaranNya. Sekalipun kuasa dunia, atau lebih dikenali sebagai polis dunia, pemerintah Amerika Syarikat, tidak dapat membendung berlakunya bencana alam.
Fenomena rumah kaca, telah menaikkan lagi suhu sejagat dan ia menimbulkan satu lagi masalah... banjir. Lebih suku dari daratan rendah, akan tenggelam, akibat cairnya air batu di khutub utara.
Selepas satu bencana, satu lagi timbul. Seakan-akan, kita tidak ditakdirkan untuk hidup di bumi ini. Para pemerintah juga telah dengan sekongkolnya memberi bantuan yang tidak henti-henti kepada yang memerlukan.
Akan tetapi, manusia sendiri menambahkan lagi masalah. Terorisme. Apakah yang ingin ditonjolkan oleh para ekstrimis ini? Adakah, mereka ingin memberi satu petanda bahawa mereka ini yang berkuasa, dan mampu mengambil nyawa dalam sekelip mata? Setahu aku, para ekstimis-ekstrimis ini, adalah mereka yang mengaku sebagai seorang yang beragama Islam. Tetapi, jika mereka ingin membuktikan bahawa mereka menjalankan tugas sebagai seorang muslimin, di manakah letaknya perasaan peri kemaknusiaan? Tidak kah itu adalah satu daripada ajaran yang tertera di kitab suci Al-Quran?
Tidak semestinya membunuh musuh Allah itu namanya berjihad. Di zaman sekarang, pengertian jihad telah disalahtafsirkan. Allah, mengeji perbuatan membunuh tanpa sebab. Kita juga disuruh untuk menghormati ajaran agama yang lain. tetapi, mengapakah pengertian jihad itu ditimbulkan?

Memang benar di zaman Rasulullah, beliau berjuang dan berperang untuk menegakkan agama. Tetapi, Islam telah lama kukuh berdiri dan agama lain telah mengiktirafkan Islam sebagai salah satu agama yang ramai pengikutnya. Umat Islam bebas melakukan ibadah mereka di mana-mana sahaja. Adakah ini satu taktik untuk para ekstrimis untuk mengambil alih kuasa sedunia?

Walau apa pun yang terjadi, kita harus memperingatkan diri kita bahawa, kita tidak pernah ditindas dan dilarang mengerjakan ibadah. Agama kita sendiri amat fleksibel dalam memberi kita corong-corong lain untuk kita mengerjakan perintahnya. Renungkanlah. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home